Memiliki rumah pertama menjadi impian untuk semua orang tapi bila masuk bab proses
dan kos ramai akan keliru.

Pastikan Bajet Dan Kelayakan Rumah
Sebelum tengok rumah ,semak dulu bajet dan kelayakan pinjaman .
- Bank bagi untuk potongan bulanan sekitar 30-40% dari gaji bersih.
- Minta ejen hartanah bantu kira kelayakan.
- Semak rekod kewangan (CCRIS/CTOS)
2. Sediakan Duit Simpanan
Untuk beli rumah pertama anda kena sediakan modal awal seperti :
- Deposit rumah (10% harga rumah)
- kos guaman & duti setem (sekitar 3-5% harga rumah)
- Insurans MRTT/MLTT untuk perlindungan pinjaman.
Tips simpan sekurang-kurangnya 15% dari harga rumah yang kita nak beli.
3. Pilih Rumah Yang Sesuai
Tentukan jenis rumah dengan bajet & keperluan anda :
Projek baru (undercon)– biasanya ada diskaun & rebat .
Rumah subsale (second hand) – boleh masuk cepat, lokasi matang.
Rumah lelong – harga lebih rendah, tapi risiko lebih tinggi.
4 . Mohon Pinjaman Perumahan
Buat booking (2% – 3% harga rumah)
Mohon loan ke beberapa bank untuk dapatkan pakej terbaik.
Pilih antara konvensional loan atau islamic financing.
5. Tandatangan Perjanjian Jual Beli (SNP)
Bila loan lulus, peguam akan sediakan Sales & Purchase Agreement (SNP)
- Bayar baki deposit 10%
- Dokumen ini sahkan urusan jual beli rumah anda.
6. Urusan Guaman & Bank
Peguam akan uruskan pindah milik di pejabat tanah, manakala bank akan bayar kepada penjual selepas
semua dokumen lengkap.
Proses ini ambil masa 3-6 bulan.
7. Terima Kunci Rumah
Selepas semua selesai, anda akan terima kunci rumah pertama anda.
Tahniah, kini anda sah bergelar pemilik rumah pertama !

0 comments